Syukran ya Allah...Alhamdulillah... tak sangka terpilih ke program pertukaran pelajar UUM-UMS...dari hanya sebuah angan-angan menjadi realiti...inilah dinamakan rezeki...pada awlnya memang agk teragak-agak nk join prgram ni..mase tu kurang maklumat tentang perjalanan sebenar prgrm nie...macam-macam telahan awal timbul..dari segi kos dan sebagainya... mmg tak mahu pemergian saya akan menambahkan beban pada ibu dan abah...tapi moral of the story kita kena cari tahu dulu sebelum buat apa2 telahan...ternyata program ni ditanggung scr percuma dan ada elaun..saya terus membulatkan tekad utk pergi..sbnarnya hasil sokongan sahabat2 jugak..dan bila dapat panggilan yang saya diterima utk join prgram ni,rasa bersyukur sgt2..satu peluang yang jarang2 diperolehi....abah kate cari ilmu..betul tu...bermusafir mencari ilmu..dalam Islam kita disuruh tuntutlah ilmu sehingga ke negara China...Alhamdulillah restu ibu dan abah yang paling utama...semoga pemergianku diberkati hendaknya...
Time nie nak balik dah....huhu
Kesimpulannya just nak kongsi hasil report sepanjang kami di sana...=)
Kesimpulannya just nak kongsi hasil report sepanjang kami di sana...=)
Laporan
Program Pertukaran Pelajar UUM- UMS 2011
Pada
30 hb Disember 2010, seramai 12 orang pelajar UUM terlibat dalam program pertukaran pelajar ke UMS yang
dianjurkan dengan kerjasama pihak UUM dan UMS sendiri.Program ini diadakan
selama satu semester dan pelajar yang terlibat terdiri daripada empat kursus yang berlainan iaitu Marketing,
Enterpreneurship, Business Adiministration dan Accounting.
Matlamat
program ini diadakan adalah untuk meningkatkan mobiliti pelajar dan menguatkan jati
diri selain menjalinkan kerjasama yang baik antara dua buah universiti. Kami
bertolak pada malam 30 hb Disember dan kedatangan kami disambut dengan baik
oleh En. Jainurin Justin selaku penyelaras atau bapa angkat kami setibanya kami di lapangan terbang Kota Kinabalu,
Sabah. .Kami sampai di UMS pada pukul 11 malam dan diberi penginapan
sementara.Pada keesokan harinya,En Jai telah memberi sedikit taklimat tentang
penginapan kami dan penerangan serba ringkas tentang perjalanan kami di UMS.
Pada
hari pertama kuliah bermula,kami diberi taklimat oleh Dekan Sekolah Perniagaan
dan Ekonomi,Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron serta penyelaras setiap
program pengajian dan akademik SPE.Kami diberi penerangan ringkas tentang
sejarah UMS sendiri,penubuhannya,visi dan misi SPE dan subjek yang
ditawarkan.Kami juga diperkenalkan kepada penyelaras setiap program yang akan
membantu kami menyelesaikan masalah subjek kami di sana.Pada hari tersebut
juga,kami dibawa ke Canselori dan UMTP untuk menyelesaikan urusan pendaftaran
dan diberi kad matrik sementara yang menandakan kami sah sebagai pelajar UMS.
Perjumpaan dengan Prof Dr Norhayati,Ketua
Pengarah bahagian Perakaunan,SPE diadakan pada minggu kedua kami di sana. Beliau
sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan menyambut baik program seperti ini
yang mempunyai manfaat yang sangat besar.Beliau juga memberi beberapa panduan dan nasihat kepada kami.Kami sangat berbesar hati kerana
kehadiran kami diterima dengan sangat baik walaupun cuma satu semester tambahan
lagi ada kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan kami di SPE .
Kami
menjalani kuliah seperti biasa setelah selesai urusan pendaftaran subjek.Bagi
pelajar BBA,kursus kami adalah di bawah HE04
iaitu kursus keusahawanan memandangkan kursus BBA di sana adalah secara pengkhususan
kepada beberapa bahagian.Disebabkan UMS tidak menyediakan kursus BBA secara
general seperti di UUM, maka subjek yang dapat kami ambil yang bertepatan
dengan kursus di UUM adalah Kaedah Penyelidikan,Pengurusan Opersi dan
Pengeluaran dan subjek E-Dagang dalam Keusahawanan sebagai elektif kami.
Antara kebaikan yang kami dapat sepanjang
program ini adalah kami dapat mengenali kepelbagaian budaya dan etnik sabah
yang berbilang kaum.Sepanjang kami di UMS, kami dapat bergaul dengan pelajar-pelajar
yang datang dari pelbagai kaum seperti Bajau,Dusun dan Bugis.Kami berpeluang
untuk belajar serba sedikit keunikan budaya mereka dan ini menambahkan lagi
pengetahuan am kami tentang keindahan budaya etnik Sabah.Kami juga tidak melepaskan peluang untuk
merasai sendiri kemeriahan Pesta Keamatan
yang disambut pada bulan Jun di Sabah.
Program ini juga menambahkan lagi
pengalaman dan pengetahuan am kami.Sebagai mahasiswa bukan hanya perlu menelaah
pelajaran tetapi perlu mempunyai jati diri yang kukuh.Sepanjang satu semester
iaitu kira-kira 4 bulan banyak yang dapat kami pelajari terutamanya berkaitan kehidupan
masyarakat. Progaram ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara
baru yang tidak akan diperolehi di dalam bilik kuliah. Kami dapat mendekatkan
diri dengan masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan.Hal ini dapat
memupuk sifat bertanggungjawab dan menyuntik kesedaran bahawa mahasiswa perlu
memainkan peranan dalam masyarakat.
Selain
itu,program yang disediakan untuk kami adalah Program Integrasi Mahasiswa
UMS-UUM,iaitu satu program anak angkat yang diadakan di Kudat.Program yang
diadakan ini sangat menginsafkan dan amat
dan memberi kesan kepada kami. Kami berpeluang untuk melihat dan
menyelami sendiri kehidupan masyarakat Bajau Laut dan Ubiyan di Kampung
Pengaraban,Kudat yang serba daif dan kekurangan.Kesempatan untuk berada di sana
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat di
sana dan mengenali dengan lebih dekat budaya mereka
. Kami
sangat berbesar hati kerana kedatangan kami diterima dengan sangat baik oleh
keluarga angkat kami dan seluruh warga kampung amnya.Setiap pelajar diberikan
satu keluarga angkat dan kesempatan itu digunakan untuk mengenali dengan lebih
dekat keluarga masing-masing.Kehadiran kami sedikit sebanyak dapat menyuntik
semangat kepada anak-anak muda kampung untuk meneruskan pembelajaran ke
peringkat universiti..Masyarakat di sana kebanyakannya bekerja sebagai nelayan
dengan pendapatan yang hanya cukup makan dan keadaan rumah yang daif.Harapan
tentulah kepada anak muda kampung tersebut sebagai bakal pemimpin yang akan
mengubah nasib keluarga mereka.Mereka amat memerlukan pertolongan dan kami
berterima kasih kepada YB kawasan tersebut yang sudi menghulurkan bantuan berbentuk
wang dan atap zink kepada penduduk kampung
Timbalan Naib Canselor UMS iaitu Prof Madya Dr Hj. Kasim Md Mansor
sendiri telah turun padang dan merasmikan penutupan dan penyerahan anak
angkat semula. Walaupun hanya seminggu kami berkampung di sana,namun ianya berjaya
memupuk rasa keprihatinan yang tinggi terhadap
masyarakat setempat dan mensyukuri segala nikmat yang telah dikecapi
hari ini..
Program seterusnya adalah lawatan ke Ladang
Teh dan Ladang Lembu di Ranau.Kami dapat
melihat sendiri pemprosesan teh Sabah dan penghasilan susu segar dari
ladang.Lawatan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan pengetahuan am kami
dan melihat tempat-tempat menarik di Sabah.Walaubagaimana pun,hanya dua program
yang dianjurkan oleh UMS(SPE) dan untuk aktiviti seterusnya kami menggunakan
inisiatif sendiri.
Kami
mengikuti lawatan ke Kundasang yang mana merupakan tempat wajib sekiranya
berkunjung ke Sabah.Lawatan ke War Memorial dan kolam air panas adalah antara
aktiviti yang menyeronokkan.Kami juga berkesempatan melawat ke UMS KAL ,walaupun
secara tidak rasmi dan dapat beramah mesra dengan pelajar di sana.Selain
itu,kami melawat kawasan menarik di
Sabah seperti Pulau Sapi,Manukan dan Mamutik,Lok Kawi,dan banyak lagi .Selain
belajar berdikari,kami dapat melatih diri untuk menyesuaikan diri di tempat
orang.
Sepanjang
kami di sini,kami diberikan elaun dan
ianya mencukupi untuk menampung makan minum dan perjalanan kami.Dari segi
prasarana dan kemudahan di sini,kami beruntung kerana diberikan kolej kediaman
yang terbaik iaitu kolej kediaman E.Walaupun agak jauh dari tempat kuliah,namun
kemudahan bilik di UMS adalah memuaskan.Satu rumah mempunyai 3 bilik dan setiap
bilik ditempatkan seramai 4 orang. Kawasan kolej adalah bersih serta selesa dan
terdapat kemudahan pusat sukan untuk
kami beriadah.
Namun
sepanjang kami di sini,terdapat beberapa masalah yang timbul dan ianya agak
mengganggu sedikit kelancaran perjalanan di sini.Antaranya ialah masalah dari segi pengurusan bas.Masa yang diambil
untuk menunggu bas ke tempat kuliah adalah terlalu lama dan ini merugikan masa
pelajar. Selain itu,,harga makanan yang terlalu mahal di café agak mengecewakan
kami.Walaubagaimana pun,kami pasti pihak yang berkenaan akan mengatasi masalah tersebut di masa hadapan
disebabkan ini adalah program yang julung kali diadakan.
Secara
keseluruhan,program yang diadakan berjaya mencapai matlamatnya.Setinggi
penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat yang bertungkus lumus dan amat
membantu menjayakan program ini.Sesungguhnya ini adalah program yang
meninggalkan kenangan yang terindah kepada kami dan yang lebih penting adalah
pengajaran dan manfaat yang diperoleh daripadanya.Semoga program ini akan
meneruskan kesinambungan supaya lebih ramai pelajar dapat merasai dan menimba pengalaman
daripadanya.
Disediakan
oleh,
Khadijah
Aisyah binti Mohd Zawawi

No comments:
Post a Comment