Wednesday, December 29, 2010

Program pertukaran pelajar UUM-UMS-(New life begins..!!!)

Syukran ya Allah...Alhamdulillah... tak sangka terpilih ke program pertukaran pelajar UUM-UMS...dari hanya sebuah angan-angan menjadi realiti...inilah dinamakan rezeki...pada awlnya  memang agk teragak-agak nk join prgram ni..mase tu kurang maklumat tentang perjalanan sebenar prgrm nie...macam-macam telahan awal timbul..dari segi kos dan sebagainya...  mmg tak mahu pemergian  saya akan menambahkan beban pada ibu dan abah...tapi moral of the story kita kena cari tahu dulu sebelum buat apa2 telahan...ternyata program ni ditanggung scr percuma dan ada elaun..saya terus membulatkan tekad utk pergi..sbnarnya hasil sokongan sahabat2 jugak..dan bila dapat panggilan yang saya diterima utk join prgram ni,rasa bersyukur sgt2..satu peluang yang jarang2 diperolehi....abah kate cari ilmu..betul tu...bermusafir mencari ilmu..dalam Islam kita disuruh tuntutlah ilmu sehingga ke negara China...Alhamdulillah restu ibu dan abah yang paling utama...semoga pemergianku diberkati hendaknya...

Time nie nak balik dah....huhu




Kesimpulannya just nak kongsi hasil report sepanjang kami di sana...=)

Laporan Program Pertukaran Pelajar UUM- UMS 2011

Pada 30 hb Disember 2010, seramai 12 orang pelajar UUM  terlibat dalam  program pertukaran pelajar ke UMS yang dianjurkan dengan kerjasama pihak UUM dan UMS sendiri.Program ini diadakan selama satu semester dan pelajar yang terlibat terdiri daripada  empat kursus yang berlainan iaitu Marketing, Enterpreneurship, Business Adiministration dan Accounting.
Matlamat program ini diadakan adalah untuk meningkatkan mobiliti pelajar dan menguatkan jati diri selain menjalinkan kerjasama yang baik antara dua buah universiti. Kami bertolak pada malam 30 hb Disember dan kedatangan kami disambut dengan baik oleh En. Jainurin Justin selaku penyelaras atau bapa angkat kami  setibanya kami di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. .Kami sampai di UMS pada pukul 11 malam dan diberi penginapan sementara.Pada keesokan harinya,En Jai telah memberi sedikit taklimat tentang penginapan kami dan penerangan serba ringkas tentang perjalanan kami di UMS.
Pada hari pertama kuliah bermula,kami diberi taklimat oleh Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi,Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron serta penyelaras setiap program pengajian dan akademik SPE.Kami diberi penerangan ringkas tentang sejarah UMS sendiri,penubuhannya,visi dan misi SPE dan subjek yang ditawarkan.Kami juga diperkenalkan kepada penyelaras setiap program yang akan membantu kami menyelesaikan masalah subjek kami di sana.Pada hari tersebut juga,kami dibawa ke Canselori dan UMTP untuk menyelesaikan urusan pendaftaran dan diberi kad matrik sementara yang menandakan kami sah sebagai pelajar UMS.
             Perjumpaan dengan Prof Dr Norhayati,Ketua Pengarah bahagian Perakaunan,SPE diadakan pada minggu kedua kami di sana. Beliau sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan menyambut baik program seperti ini yang mempunyai manfaat yang sangat besar.Beliau juga  memberi beberapa panduan dan nasihat  kepada kami.Kami sangat berbesar hati kerana kehadiran kami diterima dengan sangat baik walaupun cuma satu semester tambahan lagi ada kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan kami di SPE .
Kami menjalani kuliah seperti biasa setelah selesai urusan pendaftaran subjek.Bagi pelajar BBA,kursus kami adalah di bawah HE04  iaitu kursus keusahawanan memandangkan kursus BBA di sana adalah secara pengkhususan kepada beberapa bahagian.Disebabkan UMS tidak menyediakan kursus BBA secara general seperti di UUM, maka subjek yang dapat kami ambil yang bertepatan dengan kursus di UUM adalah Kaedah Penyelidikan,Pengurusan Opersi dan Pengeluaran dan subjek E-Dagang dalam Keusahawanan sebagai elektif kami.
              Antara kebaikan yang kami dapat sepanjang program ini adalah kami dapat mengenali kepelbagaian budaya dan etnik sabah yang berbilang kaum.Sepanjang kami di UMS, kami dapat bergaul dengan pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai kaum seperti Bajau,Dusun dan Bugis.Kami berpeluang untuk belajar serba sedikit keunikan budaya mereka dan ini menambahkan lagi pengetahuan am kami tentang keindahan budaya etnik  Sabah.Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan  Pesta Keamatan yang disambut pada bulan Jun di Sabah.
            Program ini juga menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan am kami.Sebagai mahasiswa bukan hanya perlu menelaah pelajaran tetapi perlu mempunyai jati diri yang kukuh.Sepanjang satu semester iaitu kira-kira 4 bulan banyak yang dapat kami pelajari terutamanya berkaitan kehidupan masyarakat. Progaram ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara baru yang tidak akan diperolehi di dalam bilik kuliah. Kami dapat mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan.Hal ini dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan menyuntik kesedaran bahawa mahasiswa perlu memainkan peranan dalam masyarakat.
              Selain itu,program yang disediakan untuk kami adalah Program Integrasi Mahasiswa UMS-UUM,iaitu satu program anak angkat yang diadakan di Kudat.Program yang diadakan ini sangat menginsafkan dan amat  dan memberi kesan kepada kami. Kami berpeluang untuk melihat dan menyelami sendiri kehidupan masyarakat Bajau Laut dan Ubiyan di Kampung Pengaraban,Kudat yang serba daif dan kekurangan.Kesempatan untuk berada di sana digunakan dengan sebaik-baiknya untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat di sana dan mengenali dengan lebih dekat budaya mereka
     .      Kami sangat berbesar hati kerana kedatangan kami diterima dengan sangat baik oleh keluarga angkat kami dan seluruh warga kampung amnya.Setiap pelajar diberikan satu keluarga angkat dan kesempatan itu digunakan untuk mengenali dengan lebih dekat keluarga masing-masing.Kehadiran kami sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada anak-anak muda kampung untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti..Masyarakat di sana kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan yang hanya cukup makan dan keadaan rumah yang daif.Harapan tentulah kepada anak muda kampung tersebut sebagai bakal pemimpin yang akan mengubah nasib keluarga mereka.Mereka amat memerlukan pertolongan dan kami berterima kasih kepada YB kawasan tersebut yang sudi menghulurkan bantuan berbentuk wang dan atap zink kepada penduduk kampung
 Timbalan Naib Canselor UMS  iaitu Prof Madya Dr Hj. Kasim Md Mansor sendiri telah turun padang dan  merasmikan penutupan dan penyerahan anak angkat semula. Walaupun hanya seminggu kami berkampung di sana,namun ianya berjaya memupuk rasa keprihatinan yang tinggi terhadap  masyarakat setempat dan mensyukuri segala nikmat yang telah dikecapi hari ini..
               Program seterusnya adalah lawatan ke Ladang Teh  dan Ladang Lembu di Ranau.Kami dapat melihat sendiri pemprosesan teh Sabah dan penghasilan susu segar dari ladang.Lawatan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan pengetahuan am kami dan melihat tempat-tempat menarik di Sabah.Walaubagaimana pun,hanya dua program yang dianjurkan oleh UMS(SPE) dan untuk aktiviti seterusnya kami menggunakan inisiatif sendiri.
            Kami mengikuti lawatan ke Kundasang yang mana merupakan tempat wajib sekiranya berkunjung ke Sabah.Lawatan ke War Memorial dan kolam air panas adalah antara aktiviti yang menyeronokkan.Kami juga berkesempatan melawat ke UMS KAL ,walaupun secara tidak rasmi dan dapat beramah mesra dengan pelajar di sana.Selain itu,kami  melawat kawasan menarik di Sabah seperti Pulau Sapi,Manukan dan Mamutik,Lok Kawi,dan banyak lagi .Selain belajar berdikari,kami dapat melatih diri untuk menyesuaikan diri di tempat orang.
            Sepanjang kami di sini,kami diberikan elaun  dan ianya mencukupi untuk menampung makan minum dan perjalanan kami.Dari segi prasarana dan kemudahan di sini,kami beruntung kerana diberikan kolej kediaman yang terbaik iaitu kolej kediaman E.Walaupun agak jauh dari tempat kuliah,namun kemudahan bilik di UMS adalah memuaskan.Satu rumah mempunyai 3 bilik dan setiap bilik  ditempatkan seramai 4 orang.  Kawasan kolej adalah bersih serta selesa dan terdapat kemudahan  pusat sukan untuk kami beriadah.
Namun sepanjang kami di sini,terdapat beberapa masalah yang timbul dan ianya agak mengganggu sedikit kelancaran perjalanan di sini.Antaranya ialah  masalah  dari segi pengurusan bas.Masa yang diambil untuk menunggu bas ke tempat kuliah adalah terlalu lama dan ini merugikan masa pelajar. Selain itu,,harga makanan yang terlalu mahal di cafĂ© agak mengecewakan kami.Walaubagaimana pun,kami pasti pihak yang berkenaan akan  mengatasi masalah tersebut di masa hadapan disebabkan ini adalah program yang julung kali diadakan.
Secara keseluruhan,program yang diadakan berjaya mencapai matlamatnya.Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat yang bertungkus lumus dan amat membantu menjayakan program ini.Sesungguhnya ini adalah program yang meninggalkan kenangan yang terindah kepada kami dan yang lebih penting adalah pengajaran dan manfaat yang diperoleh daripadanya.Semoga program ini akan meneruskan kesinambungan supaya lebih ramai pelajar  dapat merasai dan menimba pengalaman daripadanya.





Disediakan oleh,
Khadijah Aisyah binti Mohd Zawawi



   

Thursday, December 9, 2010

Syurgaku....

Di saat tinta ini ditulis,saya masih jauh dengan keluarga..tapi sedikit masa lagi,saya akn pulang ke rumah tempat ana dilahirkan,membesar dan mengenal erti kehidupan...rumah adalah syurga ...saya lebih suka duduk di rumah jika balik bercuti..bukankah itu lebih daripada melepak di sana sini....lebih senang ke mana-mana dengan keluarga kerana  rasa lebih selamat...rumah saya masih seperti dulu,penuh dengan gelak tawa,senda gurau adik beradik..maklumlah kami keluarga yang besar...kalau dah berkumpul,macam2 cerita hendak dibualkan..dan kami ada hobi tersendiri...huhu...dan pastinya rumah kami yang paling meriah berbanding rumah jiran2..inilah bestnya kalau mempunyai keluarga yang besar dan happy go lucky macam kami...setiap hari sentiasa berdoa kami sekeluarga kekal dalam lindungan-Nya....bahagia dunia dan akhirat...amin...

 gambar time rayer...eh x cukup korum la..hee
\

Abah yang nampak garang tapi kelakar dan ibu yang comel sentiasa..hehe...sweet

Sunday, December 5, 2010

Kurniaan terhebat

Alhamduliilah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...mari kita mengucap syukur atas segala nikmat yang Tuhan bagi kepada kita...nikmat kehidupan,kekayaan,kejayaan,kesihatan....terlalu banyak nikmat Allah yang kita kecapi hari ini...yang paling penting adalah nikmat kehidupan..kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini...kita bangun dari tidur dan masih boleh melihat alam yang terbentang luas..masih boleh melihat ibu dan ayah,kawan-kawan....tapi berapa ramai antara kita yang bersyukur?..mudah-mudahan kita selalu menjadi insan yang bersyukur.."Ya Allah,jadikan aku hamba yang sentiasa mengingati-Mu,bersyukur kepada-Mu dan dan membaiki ibadahku untuk Mu..."amalkan doa ini yang saya dapat dari sebuah artikel...doa yang hebat...mudah-mudahan kita sentiasa mendapat petunjuk Nya...

Monday, November 29, 2010

Inilah perjuanganku.....

Tiba-tiba rasa rindu yang amat......pada keluarga..ibu,abah,adik-adik...sebelum ini bukan tak pernah rindu...tapi kebiasaannya ana ketepikan saja perasaan tersebut...buat2 menyibukkan diri..mengisi masa dengan lain2 perkara...ana seorang yang sangat mementingkan keluarga... kalau ada kelapangan masa,ana lebih senang duduk di rumah...entahlah..mungkin sudah terbiasa dengan keluarga...dari kecil ana tak pernah terpisah..sampaikan sekolah pun dekat sahaja dengan rumah..senang hari2 ulang alik...dan lebih senang sebab dapat selalu dekat dengan keluarga...jalankan tanggungjawab bukan saja sebagai pelajar...tapi sebagai anak..bantu apa yang patut...inilah hikmahnya bila duduk di rumah berbanding dengan asrama...sekarang.....ana sudah jauh terpisah di utara...ada hikmahnya..dapat juga ana berdikari...orang nampak ana lembut..tapi sepanjang pengajian di sini,tak pernah setitik air mata ana jatuh kerana ingatkan keluarga...ana simpan sahaja dalam hati...bukan tak rindu...tapi ana sendiri perlu kuat...ana yang memilih untuk belajar di sini...jadi ana tegar....prinsip ana senang...nak dapatkan redha Allah...dapatkan redha ibu bapa...macam mane nak dapatkannya?jadilah muslimah yang sentiasa menjaga maruah agama,diri dan keluarga...setiap apa yang kita buat mesti berlandaskan syariat..ingat segala ajaran ibu dan abah...jangan jadikan alasan jauh dari ibu bapa membuatkan kita lalai...ingat walau di mana pun kita berada..kuatkan jati diri...yang kita cari adalah seinfiniti redha Allah.........

Saturday, November 27, 2010

Lafaz yang tersimpan...

Salam ukhwah fillah sahabat-sahabat semua....hm..catatan kedua menyusul selepas tinta yang pertama...ana mahu menulis ringkas sahaja...maklumlah yang pertama sudah terlalu panjang...huhu...ana menulis di sini hanya sekadar berkongsi pandangan..mana-mana yang tak berkenan harap maaf la ye...hm..itulah..kadang2 mulut kita terkunci rapat tika berhadapan dengan perkara-perkara yang kita tak setuju...kadang2 kita ingin selalu menjaga hati teman-teman...dan kita tak tahu  apakah cara yang terbaik utk menegur mereka sekiranya mereka berbuat kesalahan...kita selalu pejamkan sahaja mata sekiranya ada perkara yang tak kena dibuat teman kita....kita  ingin meluahkan...tetapi..kita  terlalu sayangkan persahabatan kita...segala perkara  tersebut telah ditutupi dengan rasa kasih terhadap sahabat...apatah lagi segala kebaikannya tak mampu kita balas...segala kebaikannya telah menutupi  kecacatan tingkah lakunya..apakah kita selalu menghadapi situasi ini?..ana pasti ramai antara kita berhadapan perkara serupa...sahabat yang baik adalah memberitahu kebenaran...bukan mengiyakan segala kata...apakah kita mampu menjadi sahabat terbaik kepada teman-teman kita??ana selalu memikirkan perkara ini..kadang2 ana rasa tak berguna sebagai sahabat hanya kerana ana tidak berani berterus- terang...ana terlalu menjaga hati..ana bukan sempurna...ana rasa keliru..antara persahabatan dan cinta kepada agama.....ya Tuhan..berikan aku kekuatan..berikan kita semua kekuatan untuk menegakkan apa yang benar...membimbing sahabat2 kita ke jalanMu....

Friday, November 26, 2010

Smile....=).

Two friends:
- What is it: it weighs 500 pounds, it provides heat during the winter but hangs on the tree during the summer?
- ???
- It is a stove.
- A stove that hangs on a tree?
- Why does it matter to you where I keep my stove during the summer.


A man at the doctors:
-Doctor, I have diarrhea and it won’t go away!
-Did you try using a lemon?
-Yes I did, but when I removed it, it started again!


- Mummy, mummy, does a lemon have a beak?
- No it doesn't my son.
- Oops, so it was a canary that I squeezed.


A man is driving on a city bus with a newspaper on his knee. From time to time, he rips a piece off, ripping that piece into smaller ones and throwing them out the window. A passenger standing near him asks:
-Excuse me, why are you throwing pieces of paper out the window?
-I’m chasing away the elephants
-Chasing elephants? There aren’t elephants in the city.
-Well that means it's working!


Two friends:
- I heard that you have made a band.
- Yes, it's a quartet.
- How many of you are there?
- There are three.
- Three?
- Me and my brother.
- You have a brother?
- No, why do you ask?
All is a shitting, except the pissing, but the pissing becomes a shitting if you piss against the wind.


- Why didn't the sailors play cards?
- Because the captain was sitting on the deck.


- Why dwarfs laugh while they play the soccer?
- Because the grass tickles their balls!


- What is the difference between the tires Good Year and 365 used condoms?
- 365 used condoms are VERY good year.


- What Bill Gates' wife says him when they make love?
- Bill, you are so MICRO, you are so SOFT.


A group of spermatozoa march. Unexpectedly, the spermatozoon guides stops:
- Stop! Treason! The ass!!!


- Who has invented the love?
- The poor, so they can fuck for free.


Two prostitutes, after Christmas holidays:
- What did you ask Santa Claus to give you?
- Hundred dollars, as usual.


Good: Your wife is pregnant.
Bad: She is expecting triplets.
Very bad: You were sterilized five years ago.


Good: Your wife doesn't talk to you.
Bad: She wants divorce.
Very bad: She is a lawyer.


Good: Your son is growing up.
Bad: He has a relationship with a whore from the neighborhood.
Very bad: Just like you.


Good: You are explaining to your daughter about birds and bees.
Bad: She interrupts you.
Very bad: And corrects you.


Good: Your son has a serious relationship.
Bad: The relationship is with a man.
Very bad: With your best friend.


Good: Your daughter has a good job.
Bad: She is a whore.
Very bad: She earns much more than you.

Sunday, November 7, 2010

Words of Wisdom

Indahnya ukhwah ini...
Dikala lupa ada yang mengingati,
di kala tersilap ada yang menasihati,
di dunia jasad dan hatinya menemani...
di kubur nanti pasti doanya mengiringi..
Kita tidak mencari sekelumit redha manusia,yang kita cari seinfiniti redha Allah...


Kehidupan ini dapat dilihat sepenuhnya melalui mata kasar tetapi hanya dapat dihargai sepenuhnya melalui mata hati..



Wanita solehaha adalah wanita yang seni untuk dimengertikan,
biar di dunia namanya bukan siulan,
tetapi di langit namanya mashur diseru,
wajahnya adalah ketenangan,
pandangannya adalah ketulusan,
lidahnya adalah kebenaran,
kadangkala lisannya adalah pisau yang mengikis duri,
kadangkala bisikannya mengumpul semangat.....




Hadirku untuk menjadi teman pemberi ingatan,
bukan untuk melalaikanmu,
adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu,
bukan penggoyah imanmu,
andai kau merasakan dirikun ibarat embun,
muncul kala dinihari,
hilang kala terbitnya matahari,
maka ingatlah...
aku masih di sini..
sentiasa berdoa moga persahabatan kita terpelihara sepanjang masa...




Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhuklah,
tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah,
tika bahu tidak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah,
ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah..
agar teguh di saat yang lain runtuh,
tegar di saat yang lain terlempar....

Renungan buat mereka yang bercinta........

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?


Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLAH dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta


* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana Rasulullah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALLAH kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALLAH dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALLAH yang bertaqwa ataupun hamba ALLAH yang derhaka?

Hatiku Milik Mu Ya Rabbi

Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

Salam Rindu,
Salam Perjuangan.

Cinta Sebenar..

Tolong sampaikan pada si dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Hati ke Hati

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA
, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

Saturday, November 6, 2010